Wednesday, March 31, 2010

BEBUNGA KASIH - Hani Fazuha

BEBUNGA KASIH
Oleh : Hani Fazuha

Sinopsis :-

Dya dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah meniktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.

Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

HARGA :-

RM 19.90

Tuesday, March 30, 2010

RELA KUMENANTI - Damya Hanna

RELA KEMENANTI
Oleh : Damya Hanna


Sinopsis :-

Bahagiakah Nurin Aina, jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.

"Jika aku di hatimu, mengapa dia yang jadi sebutan?"

Berkali-kali frasa itu diulang. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tidak pernah dia merasakan sakitnya bercinta. Puas sudah dia memarahi hatinya yang degil. Tapi bayangan Nurin juga yang dinanti-nantikan. Tewaskah dia pada seorang gadis yang egois?

Nurin memang mengerti perasaan Zamil. Sengaja dia berdolak-dalih, lelaki itu 'hanya kawan'. Entah berapa kaili dia membohongi hati. Sedangkan bila berjauhan, ada rindu yang menderu dan ada resah yang membara. Hangatnya membakar dalam diam... hatinya yang terguris tak nampak di mata. Bagi Nurin, cinta tidak semudah melepaskan kata-kata. Dia rela menanti, biarpun disebut jangan, dikenang pun jangan.

"Kau mungkin tidak tahu, kasihku bagai di hujung nyawa."

Lalu antara mereka, ada yang terluka. Luqman menjauh bersama doa setelah Zamil mengundur diri. Liyana kembali demi mengutip salah sendiri. Dan Mylia pergi dengan keangkuhan diri. Jadi, siapa yang akan mengikat setia kasih ini? Nurin hanya berserah.

Dia yakin... cintanya milik lelaki itu!

HARGA :-

RM 19.90

CINTA DUA JIWA - Rania Firdaus

CINTA DUA JIWA
Oleh : Rania Firdaus


Sinopsis :-

Hariz, arkitek muda yang gemar bercatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama 'Archyhis', Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.

Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya. Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya.

Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka.

Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...

HARGA :-

RM 18.00

LAGU RINDU - Ayu Emelda

LAGU RINDU
Oleh : Ayu Emelda

Sinopsis :-

Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hubungan ini lebih serius dan bermakna. Dia membuatkan aku memasang angan-angan tentang masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak Aqmal meluahkan rahsia hatinya, aku juga telah menyatukan jiwa untuk mencintai dia seorang.

Indah kata yang diucapkan dulu, rupa-rupanya satu nista. Pembohongan seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu. Lihatlah kini, apa yang ada di depanku. Gelagat Sofea membuatkan kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima seorang lelaki yang tidak ada pendirian. Jauh benar penilaian pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku untuknya, kenapa kehadiran Sofea seperti begitu bermakna buat dirinya?

Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya.

Tangisan semalam sudah ternoktah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan hati menerima kehadiran cinta yang bukan untukku. Meski sesekali hati digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku tekad... hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti, aku tidak mahu usia mudaku dibelengu derita madu cinta!

HARGA :-

RM 17.00

JIKA KAU TIADA - Elin Nadia

JIKA KAU TIADA
Oleh : Elin Nadia

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

CINTA SEORANG KEKASIH - Elee Mardiana

CINTA SEORANG KEKASIH
Oleh :-Elee Mardiana

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

CINTA KEPALA BATU - Ayu Emelda

CINTA KEPALA BATU
Oleh : Ayu Emelda

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

CINTA 365 HARI - Norzailina Nordin

CINTA 365 HARI
Oleh : Norzailina Nordin

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

Monday, March 29, 2010

SEINDAH SAKURA - Liza Zahira

SEINDAH SAKURA
Oleh : Liza Zahira

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

DIA DI HATI - Hasreeyati Ramli

DIA DI HATI
Oleh : Hasreeyati Ramli

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 16.00

AKU MAHU KAMU - Aleya Aneesa

AKU MAHU KAMU
Oleh : Aleya Aneesa

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

SALJU CINTA - Nuriz Aida

SALJU CINTA
Oleh : Nuriz Aida

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 18.00

PANGGIL AKU NAJIHA - Ana Balqis

PANGGIL AKU NAJIHA
Oleh : Ana Balqis

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

RUANG RINDU - Rozita Abd Wahab

RUANG RINDU
Oleh : Rozita Abd Wahab

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

SAAT KAU KATA CINTA - Anis Ayuni


SAAT KAU KATA CINTA
Oleh : Anis Ayuni

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

SETENANG CAHAYA HATI - Salina Ibrahim

SETENANG CAHAYA HATI
Oleh : Salina Ibrahim

Sinopsis :-
-

HARGA :-
RM 17.00

FORSAKEN - Niki Hanisa

FORSAKEN
Oleh : Niki Hanisa

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 16.00

SESUCI KASIH BONDA - Ilani Mysara

SESUCI KASIH BONDA
Oleh : Ilani Mysara

Sinopsis :-
-

HARGA :-

RM 19.90

Friday, March 26, 2010

MENGUKIR BAHAGIA - Hani Fazuha


MENGUKIR BAHAGIA
Oleh : HANI FAZUHA

Sinopsis :-

Bukan kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan?

"Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja."

Namun takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi diaterpaksa menerimka Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas.

Apakah semua pengormabannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?

Peliknya cinta ... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mancacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya;

"Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagian suaminya."

HARGA :-

RM 18.00



HARGA NOVEL

SEWA

1- deposit mengikut harga novel yang ingin dipinjam
2- harga sewa sebuah novel RM 3.00 ( akan ditolak melalui deposit )
3- denda akan dikenakan RM 0.20 jika lewat sehari ( akan ditolak melalui deposit )
4- tempoh sewa selama 2 minggu


BELI

1- harga novel
2- cas pengurusan RM 2.50
3- tempoh penghantaran 2 minggu

CARA SEWAAN & PEMBELIAN

NOVEL UNTUK DISEWA

1- pilih novel yang dikehendaki

2- sms SHASHA : 012-6902547

3- pembayaran dibuat secara bank in di CIMB BANK, no akaun : 1213-0009049-05-5 dan sms jika anda sudah bank inkan pembayarannya

4- salinan slip beserta salinan i/c hendaklah di hantar kepada SALASIAH PRINTING HOUSE sebagai bukti pembayaran

5- deposit sewa akan dipulangkan jika novel tersebut selamat dipulangkan menggunakan KIRIMAN WANG

6- lewat sehari akan dikenakan denda RM 0.20 sebuah (tolak daripada deposit)

7- tempoh penghantaran kepada anda 2 minggu

8- tempoh sewaan 2 minggu

NOVEL UNTUK DIBELI

1- sama 1 - 4 di atas

2- jika novel tersebut tiada dalam stok, duit akan dikembalikan menggunakan KIRIMAN WANG.

3- tempoh penghantaran kepada anda 2 minggu.

SALAM PERKENALAN

SALASIAH PRINTING HOUSE adalah syarikat yang menjual, membeli dan menyewa novel bahasa inggeris & melayu, yang beroperasi di No. 7, Lorong Haji Ismail Parit 5 Barat, 45300 Sungai Besar Selangor. Kami juga berminat membeli novel bahasa inggeris & melayu anda (jika anda tidak mahu menyimpan lagi) dengan kadar harga yang berpatutan - 50 % daripada harga novel tersebut (harga paling tinggi bergantung kepada situasi novel anda). Jika berminat sila hubungi :-

SALASIAH MOHD PANDZI
012-6902547