Thursday, April 22, 2010

YANG SEBENARNYA - Aisya Sofea

YANG SEBENARNYA
Oleh : Aisya Sofea

Sinopsis :-

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.

Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu...cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersamacinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi penasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...lelaki itu seperti memusuhinya.

Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

HARGA :-

19.90

Monday, April 12, 2010

BIAR RINDU BERLALU - Sharifah Abu Salem

BIAR RINDU BERLALU
Oleh : Sharifah Abu Salim

Sinopsis :-

Seiring rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji untuk sehidup semati. Dan, kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai.

Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua orang tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yang membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata-kata.

Mengenalimu merupakan kenangan pahit dalam hidupku, namun ia juga saat terindah yang tak mungkin dapat nkutemui sampai bila-bila...

Di saat kemelut dan persengketaan kian bertandang. Fatiha bagai kehilangan kehidupan...apabila musibah datang menimpa. Nasrul didera rasa bersalah. Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yang sedang didepani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun, dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Dia tidak mahu rindu itu bertamu di dalam hati.

Kerinduan... ia indah, ia resah. Ia melukakan, ia juga membahagiakan.

HARGA :-

RM 19.90

KUUTUS RINDU - Intan Arnida

KUUTUS RINDU
Oleh : Intan Ardina

Sinopsis :-
Karissa Lisa diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina.

Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan.

Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas bermulalah detik-detik penyamarannya yang penuh makna!

Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah teroendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertahta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan.

Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anaknya sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi?

Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!

HARGA :-

RM 18.00

Monday, April 5, 2010

BIAR RIDU BERLALU - Sharifah Abu Salem

BIAR RINDU BERLALU
Oleh : Sharifah Abu Salem

Sinopsis :-
Seiring rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera

HARGA :-

RM 19.90

Thursday, April 1, 2010

JIWA MERINDU - Erin Zehana

JIWA MERINDU
Oleh : Erin Zehana

Sinopsis :-

Pertemuan semula dengan Luqman benar-benar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.

Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha, Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.

Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka.

Melayari mahligai dan air mata, tiada restu keluarga, penuh dengan curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh-sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.

HARGA :-

RM 17.00