Tuesday, March 30, 2010

LAGU RINDU - Ayu Emelda

LAGU RINDU
Oleh : Ayu Emelda

Sinopsis :-

Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hubungan ini lebih serius dan bermakna. Dia membuatkan aku memasang angan-angan tentang masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak Aqmal meluahkan rahsia hatinya, aku juga telah menyatukan jiwa untuk mencintai dia seorang.

Indah kata yang diucapkan dulu, rupa-rupanya satu nista. Pembohongan seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu. Lihatlah kini, apa yang ada di depanku. Gelagat Sofea membuatkan kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima seorang lelaki yang tidak ada pendirian. Jauh benar penilaian pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku untuknya, kenapa kehadiran Sofea seperti begitu bermakna buat dirinya?

Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya.

Tangisan semalam sudah ternoktah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan hati menerima kehadiran cinta yang bukan untukku. Meski sesekali hati digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku tekad... hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti, aku tidak mahu usia mudaku dibelengu derita madu cinta!

HARGA :-

RM 17.00

No comments:

Post a Comment